Perlu jalan darat ke
Kg Opak di
Ulu Segama melalui ladang kelapa sawit
FELCRA dan persendirian. Berjalan lebih kurang 200 meter kepengkalan ditepi sungai Segama untuk menaiki bot ke
Bt Balos, perkuburan pagan lama. Bot diikat ditepi sungai dan berjalan kaki lebih kurang 100 meter, naik tangga kayu belian, buka get dan sampai kegua Bt Balos dimana terletak perkuburan lama pagan dan kristian suku kaum Dusun
Suphan yang dianggarkan lebih kurang lebih 700 tahun lamanya.
Pihak
Muzium Sabah mentafsirkan sudah ada penempatan zaman batu lebih kurang 20,000 tahun dulu.
Tapadong merupakan sebuah daerah selain
Batarong dan
Segalong Tingkayu diKunak Lahad Datu. Berbagai peristiwa seperti penyakit, perpindahan dan pembangunan mungkin menyebabkan daerah daerah itu ditinggalkan oleh penduduknya dan kini tinggal sebagai bahan sejarah dan pelancongan sahaja.