Saturday, October 10, 2009

Perjalanan KeBt Balos dan Bt Tapadong, Ulu Segama Lahad Datu

Perlu jalan darat keKg Opak diUlu Segama melalui ladang kelapa sawit FELCRA dan persendirian. Berjalan lebih kurang 200 meter kepengkalan ditepi sungai Segama untuk menaiki bot keBt Balos, perkuburan pagan lama. Bot diikat ditepi sungai dan berjalan kaki lebih kurang 100 meter, naik tangga kayu belian, buka get dan sampai kegua Bt Balos dimana terletak perkuburan lama pagan dan kristian suku kaum Dusun Suphan yang dianggarkan lebih kurang lebih 700 tahun lamanya.

Pihak Muzium Sabah mentafsirkan sudah ada penempatan zaman batu lebih kurang 20,000 tahun dulu.

Tapadong merupakan sebuah daerah selain Batarong dan Segalong Tingkayu diKunak Lahad Datu. Berbagai peristiwa seperti penyakit, perpindahan dan pembangunan mungkin menyebabkan daerah daerah itu ditinggalkan oleh penduduknya dan kini tinggal sebagai bahan sejarah dan pelancongan sahaja.

No comments:

Post a Comment

Followers